
Daftar GrabCar Malaysia
Mulakan pendaftaran pemandu e-hailing anda dengan mudah.
Ikut langkah yang disediakan dan siapkan dokumen yang diperlukan untuk mengaktifkan akaun Grab Driver anda.
Cara Pendaftaran GrabCar
1
Daftar Secara Online
Layari laman web Grab Hub Shah Alam di sini. Klik pada bahagian “Daftar sebagai Pemandu”. Isikan butiran seperti nama, nombor telefon, dan alamat e-mel.
2
Muat Naik Dokumen Diperlukan
Sediakan dan muat naik gambar MyKad (depan dan belakang), Lesen memandu yang sah, dan Dokumen insurans (cover note) yang mempunyai perlindungan e-hailing.
3
Hadir ke Kursus PSV
Grab akan membantu anda mendaftar ke kursus PSV yang diwajibkan oleh kerajaan. Kursus ini mengambil masa satu hari sahaja di institut memandu terpilih.
4
Aktifkan Akaun
Setelah semua dokumen disahkan dan anda lulus ujian PSV, anda akan menerima notifikasi pengaktifan akaun. Anda kini bersedia untuk memandu bersama Grab!
Grab Hub Shah Alam

